The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Suntikan Semangat Penaja Jersi 2019: Selangor x Jo...
Suntikan Semangat Penaja Jersi 2019: Selangor x Joma
Oct 10, 2019 - FAS
Persatuan Bolasepak Selangor menerima suntikan semangat untuk musim bola sepak 2019 apabila jenama sukan antarabangsa, Joma dari Sepanyol mengumumkan penajaan kepada skuad Gergasi Merah selama 3 tahun.
David Wong, Pengarah Urusan Ganador Marketing Sdn.Bhd. yang juga pengedar tunggal jenama Joma di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand berkata “Kami amat berbangga kerana terpilih untuk menjadi penaja pasukan Selangor yang mempunyai sejarah kejayaan yang hebat dalam industri sukan bola sepak di negara ini. Kami juga percaya dengan misi dan visi DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj termasuk pengurusan yang baru dan dinamik, baginda mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak di negeri Selangor”.
Jumlah penajaan bernilai RM2 juta setahun daripada Joma meliputi penajaan set jersi sepenuhnya untuk skuad Liga Super, skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia, skuad bawah 17-tahun, skuad futsal lelaki dan wanita termasuk set latihan. Tajaan Joma juga meliputi pakaian kepada kesemua pengadil Liga FAS termasuk pakaian kasual perjalanan dan penajaan tunai.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon pula berkata “Persatuan Bolasepak Selangor amat berterima kasih kepada pihak Joma kerana telah bersetuju untuk menjadi penaja Selangor dan kami berkeyakinan penyokong Selangor akan berpuas hati dengan kualiti dan harga jersi yang akan dipasarkan kepada penyokong nanti”.
Jenama Joma yang diasaskan semenjak tahun 1965 boleh didapati di lebih 70 negara dunia juga membekalkan jersi kepada 250 pasukan seluruh dunia termasuk Swansea City, Getafe, Villareal, Ukraine, Romania, dan ramai lagi. Atlet pertama jenama Joma merupakan lagenda Sepanyol, Emilio Butragueno yang telah mengecapi pelbagai kejayaan sebagai pemain bola sepak antarabangsa.
Penyokong Selangor akan dapat melihat dan membeli jersi jenama Joma ini apabila Joma memperkenalkan kit ketiga pasukan Selangor pada 16 Disember ini bersempena Hari Bola Sepak Selangor bertempat di Stadium Shah Alam. Penyokong Selangor dijemput untuk hadir beramai-ramai kerana pelbagai aktiviti menarik telah disusun oleh pihak penganjur. Kit pertama dan kedua pula akan diperkenalkan sebelum bermulanya musim bola sepak Malaysia pada bulan Januari ini.
Semoga perubahan jenama kit pasukan Selangor akan menyemarakkan lagi semangat pemain dan penyokong Selangor untuk bersaing dan beroleh kejayaan untuk mengembalikan era kegemilangan bola sepak Selangor.
←
Previous
Faiz 'Messi' Nasir Kini Gergasi Merah
Next
Norhakim Isa Milik Gergasi Merah
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more